[ Kemurahan Kerajaan PR di Selangor ]

Bersama kita perhati dan teliti:

1• 20 meter padu pertama air percuma kepada rakyat yang memiliki meter individu dan kupon bekalan air percuma. Dasar memberi bekalan air kegunaan percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik yang bermeter individu setiap bulan yang telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2008. Program ini adalah bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan rakyat Selangor. Dianggarkan seramai 1.5 juta pengguna meter individu penduduk di Selangor telah menikmati kemudahan ini dan secara tidak langsung program ini telah meringankan beban rakyat terutama dalam situasi ekonomi merosot ini. Atas istilah keramat "Merakyatkan Ekonomi" negeri Selangor berjaya melakukan perkara yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai mustahil. Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bertindak mengagihkan semula keuntungan pihak-pihak yang terlibat dalam perkhidmatan air ini kepada rakyat.

Klik untuk maklumat lanjut

2• Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)- skim pelaburan untuk anak yang baru lahir.TAWAS diwujudkan dengan tujuan untuk membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. Faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:

a. Di awal pelaburan, setiap Ahli TAWAS akan menerima RM 100.
b. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang untuk menerima sebanyak RM 1,500 hasil pelaburan di dalam skim ini.


Klik untuk maklumat lanjut

3• Skim Mesra Usia Emas (SMUE), merupakan satu skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor.Bertujuan membantu keluarga warga emas / OKU yang memenuhi syarat dan berdaftar yang meninggal dunia tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi, dan kedudukan sosial mereka.Borang dan pendaftaran adalahPERCUMA.

Sila klik untuk maklumat lanjut

4• One Stop Crisis Centre’ (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi. Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Walaubagaimanapun, masih terdapat ramai orang awam yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam meberi perkhidmatan kepada orang ramai. Justeru, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) fasa 1, terdapat program OSCC dimana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini akan dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor Darul Ehsan.
Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
  • Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
  • Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.
  • Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.
Klik untuk maklumat lanjut

5• Hadian Anak Masuk Universiti – Dasar memberi hadiah RM1,000 akan diberikan kepada anak selangor yang melanjutkan pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah. Hadiah ini akan terus dikreaditkan kedalam akaun pelajar ataupun melalui cek.

Semua rekod pembayaran akan dimasukkan di dalam sistem pangkalan data yang akan dibangunkan oleh urus setia dan bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas borang hadiah pengajian IPTA/IPTS yang lengkap diterima oleh pihak urus setia. Sehingga kini seramai 6,014 orang pelajar telah layak menerima hadiah ini sepanjang tahun 2009, kerajaan negeri terus prihatin dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM 8.2 juta bagi meneruskan program ini.


Klik untuk maklumat lanjut

6• Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang. Pembelaan kerajaan negeri Selangor adalah melibatkan seluruh rakyat negeri Selangor termasuklah anak-anak pekerja ladang. Tabung ini diwujudkan adalah bagi memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang bagi tujuan membiayai pendidikan mereka. Selain itu, tabung ini juga akan membiayai pembinaan dan penyelanggaraan asrama bagi anak-anak pekerja ladang di seluruh negeri Selangor. Kerajaan yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak pekerja ladang telah memperuntukan RM2 juta dalam merealisasikan program ini.

Klik untuk maklumat lanjut

7• Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian - mengagihkan 10 peratus hasil keuntungan perlombongan pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB) kepda seluruh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Selangor

Klik untuk maklumat lanjut

Link berkaitan
Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES)

[ kalaulah UMNO ada di zaman Nabi ]

Dalam posting bertajuk "Umno, sila tengok gambar bukan Islam memeriahkan masjid di luar negara (Warta 365)" diceritakan perkara-perkara berikut:
...penduduk Taif dibenarkan oleh Nabi s.'a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.'a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid. Nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"
Imam mazhab kebanyakan orang Melayu di negara ini, Imam Syafie pula berkata:
ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
Saya teringat satu ja, jika benarlah apa yang diriwayatkan mengenai RasuluLlah s.'a.w.w. yang suci itu, bayangkan kalau Umno ada masa tu.

Kalaulah ada Umno masa tu, sukar ditolak kemungkinan mereka akan menghentam Nabi habis-habisan kerana tindakannya itu. Jika Umno ada waktu itu, sukar ditolak kemungkinan mereka menuduh Nabi sesat dan membawa ajaran sesat kerana tindakannya itu.

Kalaulah Umno ada masa tu, sukar dinafikan mereka akan menyifatkan perbuatan Nabi itu sebagai manifestasi kebiadabannya.

Tindakan Nabi Muhammad yang suci itu bertentangan dengan ajaran Umno yang menyatakan "orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki dalam masjid dan surau apatah lagi di ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid (lihat Utusan Malaysia 27/8/10 "
Tindakan tegas jemput bukan Islam - Jais").

Tentulah Sultan yang dilaporkan murka. Tu dia! Dan jabatan agama milik Umno pula tentulah menghantar surat amaran yang sangat keras kepada Nabi.

Imam Syafie pula tentu didebik, dibelasah habis-habisan apabila berkata tidak ada masalah orang bukan Islam duduk (menetap) di masjid. Bukan setakat masuk ja, siap duduk lagi.

Sheikh Ahmad Deedat pula dilaporkan berkata rombongan Kristian dari Najran datang bertemu dengan RasuluLlah untuk berhujjah mengenai Nabi Isa, dan rombongan Kristian tersebut telah berkampung dalam masjid Nabi selama tiga hari.

Tu dia, bukan setakat berucap dalam masjid, siap nak berdebat lagi.

Ah, nasib Ahmad Deedat baik sungguh. Nasib baik Umno tak dengar ucapannya itu. Kalau tidak tentulah teruk Almarhum kena hentam dengan Umno dan Sultan pula tentulah murka apabila dia mengajak pelajar-pelajar bukan Islam masuk ke dalam Masjid UKM mendengar ceramahnya (lihat posting Justice For All "
Ular dalam semak UMNgOk lebih hebat dari Ahmad Deedat")

Tu pasal ajaran Umno.

Ahli dan penyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) pula janganlah bodo sangat pi buat benda-benda yang mendatangkan fitnah Umno. Tindakan mengelakkan fitnah itu sangat penting, Syeikh! (Main syeikh-syeikh pulak aku ni bercakap dengan hampa ni).

Saya kata jangan bodo sangat sebab masa yang sepatutnya digunakan buat kerja lain terpaksa dihabiskan untuk melayan ajaran dan api perkauman Umno. Sekali lagi nak mintak boleh dak? Orang PR jangan la bodo sangat!

Saya tak nampak Umno akan hilang kuasa dalam waktu terdekat. Tapi janganlah orang PR lupa pula, parti itu ibarat orang jatuh sungai yang berarus deras dan dia takut dia mati lemas. Kalau dia nampak ketul taik pun dia sambar nak berpaut!