[ Kemurahan Kerajaan PR di Selangor ]

Bersama kita perhati dan teliti:

1• 20 meter padu pertama air percuma kepada rakyat yang memiliki meter individu dan kupon bekalan air percuma. Dasar memberi bekalan air kegunaan percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik yang bermeter individu setiap bulan yang telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2008. Program ini adalah bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan rakyat Selangor. Dianggarkan seramai 1.5 juta pengguna meter individu penduduk di Selangor telah menikmati kemudahan ini dan secara tidak langsung program ini telah meringankan beban rakyat terutama dalam situasi ekonomi merosot ini. Atas istilah keramat "Merakyatkan Ekonomi" negeri Selangor berjaya melakukan perkara yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai mustahil. Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bertindak mengagihkan semula keuntungan pihak-pihak yang terlibat dalam perkhidmatan air ini kepada rakyat.

Klik untuk maklumat lanjut

2• Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)- skim pelaburan untuk anak yang baru lahir.TAWAS diwujudkan dengan tujuan untuk membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. Faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:

a. Di awal pelaburan, setiap Ahli TAWAS akan menerima RM 100.
b. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang untuk menerima sebanyak RM 1,500 hasil pelaburan di dalam skim ini.


Klik untuk maklumat lanjut

3• Skim Mesra Usia Emas (SMUE), merupakan satu skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor.Bertujuan membantu keluarga warga emas / OKU yang memenuhi syarat dan berdaftar yang meninggal dunia tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi, dan kedudukan sosial mereka.Borang dan pendaftaran adalahPERCUMA.

Sila klik untuk maklumat lanjut

4• One Stop Crisis Centre’ (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi. Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Walaubagaimanapun, masih terdapat ramai orang awam yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam meberi perkhidmatan kepada orang ramai. Justeru, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) fasa 1, terdapat program OSCC dimana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini akan dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor Darul Ehsan.
Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
  • Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
  • Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.
  • Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.
Klik untuk maklumat lanjut

5• Hadian Anak Masuk Universiti – Dasar memberi hadiah RM1,000 akan diberikan kepada anak selangor yang melanjutkan pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah. Hadiah ini akan terus dikreaditkan kedalam akaun pelajar ataupun melalui cek.

Semua rekod pembayaran akan dimasukkan di dalam sistem pangkalan data yang akan dibangunkan oleh urus setia dan bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas borang hadiah pengajian IPTA/IPTS yang lengkap diterima oleh pihak urus setia. Sehingga kini seramai 6,014 orang pelajar telah layak menerima hadiah ini sepanjang tahun 2009, kerajaan negeri terus prihatin dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM 8.2 juta bagi meneruskan program ini.


Klik untuk maklumat lanjut

6• Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang. Pembelaan kerajaan negeri Selangor adalah melibatkan seluruh rakyat negeri Selangor termasuklah anak-anak pekerja ladang. Tabung ini diwujudkan adalah bagi memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang bagi tujuan membiayai pendidikan mereka. Selain itu, tabung ini juga akan membiayai pembinaan dan penyelanggaraan asrama bagi anak-anak pekerja ladang di seluruh negeri Selangor. Kerajaan yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak pekerja ladang telah memperuntukan RM2 juta dalam merealisasikan program ini.

Klik untuk maklumat lanjut

7• Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian - mengagihkan 10 peratus hasil keuntungan perlombongan pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB) kepda seluruh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Selangor

Klik untuk maklumat lanjut

Link berkaitan
Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES)

Dasar bersama Pakatan sasar Putrajaya






Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.


Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.

Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.


Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.


Agihan ekonomi negeri

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.


Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.

Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasr luar negara.

www.kedahlanie.blogspot.com

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Dasar bersama Pakatan sasar Putrajaya

Program Qurban PAS Kaw. Sabak Bernam.

PAS Kaw. Sabak Bernam turut serta meraikan Eiduladha 1430H dengan mengadakan Ibadah Qurban di Markaz Tarbiyah Batu 1, Sabak Bernam. Program yang bermula dengan solat dan khutbah Eiduladha yang disampaikan oleh Ketua Urusan Dewan Ulama PAS Kaw. Ust Ismail Bin Ibrahim.

Selesai solat dan khutbah Eiduladha, program diteruskan dengan melaksanakan ibadah Qurban melibatkan 3 ekor lembu. Turut serta dalam program tersebut adalah YDP Pas Kaw. Ust Sallehin Bin Mukyi, S/U PAS Kaw. haji Wahidi, Ketua Urusan Ulama PAS Kaw. Ust Ismail dan beberapa ahli Jawatankuasa PAS Kaw. yang lain.

Program Qurban berakhir kira-kira jam 11.00 tengah hari dan hasil qurban telah diagihkan kepada mereka yang berhampiran. Program tersebut berjaya mencapai matlamatnya dan apa yang lebih penting adalah PAS Kawasan akan terus bersama-sama masyarakat memberi penerangan dalam menghayati Ibadah Qurban pada tahun ini.


Kelihatan YDP PAS Kaw. (Ust Sallehin) sedang melapah daging qurban.


S/U PAS Kaw.(berbaju belang) dan Ketua Urusan Ulam PAS Kaw.(Ustaz Ismail) turut bersama dalam program tersebut.
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Program Qurban PAS Kaw. Sabak Bernam.

Program Ziarah PAS Kawasan Sabak Bernam ke Hospital Sabak Bernam

Assalamualaikum semua, maaf sekian lama tak update blog ini, masing-masing agak sibuk dengan tugasan seharian yang agak keletihan. Di bawah merupakan sedikit fotografi program ziarah PAS Sabak Bernam ke Hospital Sabak Bernam. Di langsungkan pada pertengahan Ramadhan yang lalu dengan penyertaan daripada Ketua-Ketua Kampung DUN Sabak dan Sungai Air Tawar. Terima kasih

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Program Ziarah PAS Kawasan Sabak Bernam ke Hospital Sabak Bernam

''PAS For All' genap dua tahun hari ini


-KHAS-

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Hari ini, 11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan.

Ianya adalah sebagai pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang ditubuhkan pada tahun 2005 iaitu dua tahun lebih awal.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa pelancarannya pada 11 September 2207 lalu adalah bersempena tarikh serangan ke atas bangunan World Trade Center WTC di Amerika yang telah mencetuskan fenomena Islam Fobia di kalangan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia.

Malah tempias itu juga turut terpalit pada PAS, sebuah parti politik yang rata-rata mengetahui Islam sebagai dasar perjuangannya.

Fenomena tersebut sekaligus memberi kebimbangan bahawa matlamat PAS untuk menarik sokongan bukan Islam akan terbantut.

Ianya juga bakal menyukarkan lagi gerak kerja PAS sebagai sebuah parti dakwah untuk mendekati gologan bukan islam itu.

Namun siapa sangka, kehadiran slogan yang dikira agak keramat ini sejak dua tahun lalu, bukan sahaja telah berjaya menenggelamkan Islam Fobia yang cuba di doktrin barat, bahkan ianya juga telah mengubah landskap politik PAS itu sendiri.

Menyoroti kembali sejarah, sumbangan dan matlamat slogan tersebut kepada PAS dan Islam umumnya, wartawan Harakahdaily telah menemubual pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa iaitu tulang belakang yang telah mencetuskan inisiatif ini bersama ahli jawatankuasa LPN yang lain.

ImageBeliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, slogan PAS Untuk Semua, kini semakin mencapai matlamat utamanya. Impian melihat orang bukan Islam menjadi ahli PAS dan Kelab penyokong PAS menjadi sayap penting parti kini hampir direalisasikan. Kesemua pertimbangan sedang dikaji dan keputusan akan diketahui tidak lama lagi.

"Untuk pengetahuan, pada retreat PAS di Kedah baru-baru ini, jawatankuasa teknikal diketuai Ust Hassan Syukri telah membentangkan draf pertama kajian mereka. Sekarang sedang kumpul feedback (maklum balas) dari AJK Pas Pusat."

"Tapi secara dasar, tiada sebarang halangan dan masalah. InsayaAllah, awal tahun depan perkara ini kita rasa akan selesai," ujarnya.

Katanya, LPN sekarang melangkah selangkah lagi ke hadapan apabila berjaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendalikan program dialog peradaban. Program ini katanya bakal menyaksikan PAS dan orang bukan Islam duduk berbincang antara lain tentang perbandingan agama, ketamadunan dan pelbagai cabang lagi.

"Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk 'engage' dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara. Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain-lain.

"Ini cabang baru untuk setahun akan datang. Saya sendiri ambil tanggungjawab itu," ujarnya.

Image Ikuti temubual penuh beliau dengan wartawan Mohd Nazri Abdullah.

H: Bagaimana tercetusnya idea untuk melancarkan slogan PAS For All ini?

M: Sebenarnya kita dalam Lajnah perpaduan Nasional LPN sentiasa memikirkan bagaimana untuk memecah tembok antara PAS dengan bukan islam.

Masalah ini lebih rumit lagi bila berlaku serangan ke atas WTC pada 11/9 sehingga menularnya fenomena Islam Fobia.

Selepas membuat sedikit kajian maka kita bersetuju lancar selogan PAS for All dan kita pilih tarikh sama dengan serangan ke atas WTC iaitu 11/9 2007 untuk melncarkan slogan tersebut.

Alhamdulillah selepas dua tahun dilancarkan kita dapati sambutan sangat menggalakkan. Kalau kita tengok logo PAS For All sekarang ini dipakai di mana-mana khusnya pada pilihanraya termasuk pada banner, baju dan lencana.

H: Selain itu, adakah matlamat lebih khusus khasnya kepada PAS itu sendiri?

M: Ya, selain untuk mengikis perasaan islam phobia, kita juga ada matlamat khusus kepada masyarakat bukan Islam negara kita.

Selain menarik sokongan mereka, kita juga ingin jadikan slogan ini sebagai medan untuk ahli PAS menyebar luaskan dakwah islam itu sendiri.

Sebab itu lah, saya fiki-fikir, akhirnya setuju dengan slogan itu dengan membayangkan bahawa pas ini adalah untuk semua. Jadi senang, slogan mudah nak faham, tak payah nak ceramah panjang.

Image H: Bagaimana sambutan terhadap kempen itu dan kenggotaan Kelab Penyokong PAS, KPP setakat hari ini?

M: Kelab Penyokong pas diusahakan pada tahun 2005, kini kelab ini ada di seluruh negara. Dalam daftar kita hampir 20 ribu terdiri dari masyarakat kaum india, cina, siam, iban dan terbaru kita berjaya tubuhkan kelab penyokong Pas di Tawau, Sabah.

H: KPP dilihat telah banyak memberi sumbangan khususnya kepada PAS itu sendiri, Apa komen saudara?

M: Ya sudah tentu, saya kira LPN sudah membuka satu frontier baru. Inisiatif penubuhan kelab penyokong dan selogan PAS for all ini telah diterima oleh PAS Pusat termasuk dalam ucaptama Presiden diletakkan tema khas.

Saya gerakkan mereka pada kempen pilihanraya. Kita lihat KPP diletak dalam struktor Jawatankuasa Pilihanraya Pusat JPP iaitu dalam jawatankuasa operasi jentera kempen. KPP bergerak dengan stuktur mereka sendiri, buat markas sendiri.

Kita berkempen rumah ke rumah dan umpu kepada masyarakat pengundi bukan islam dan ada pemimpin kelab yang berceramah bersama pimpinan PAS.

Image H: Bagaimana perkembangan usaha untuk melihat KPP diserap menjadi sayap penting PAS setadaf Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat?

M: Perkembangan cukup menggalakkan. Sehingga hari ni kita di peringkat PAS Pusat bersedia melihatt ruang dan peluang menjadikan kelab ini menjadi sayap penting parti dengan maksud mereka ada perlembagaan sendiri di mana boleh mewakili dalam muktamar dan mesyuarat parti.

Untuk pengetahuan, retreat PAS di Kedah baru baru ini, Jawatankuasa teknikal di ketuai Ust Hassan Syukri telah bentang draft pertama, sekarang tunggu 'feedback' dari AJK pas pusat.

Secara dasar tiada sebarang halangan dan masalah. Dan lebih penting apa yang kita fokus untuk pilihanraya umum akan datang ialah, bagaimana kita boleh sediakan ruang kepada mereka bertangding atas tiket pas. Ini lah yang LPN sedang gerakkan dan asasnya adalah PAS For All.

H: Dalam dua tahun sebelum ini, slogan ini dilihat telah banyak mencipta kejayaan tersendiri. Apa pula target untuk tahun ketiga ini?

M: Sebenarnya LPN sejak dua tahun ni berkerja atas mtlamat yang jelas. Kita buat KPP mulanya susah sebab benda baru, tapi akhirnya sekarang diterima oleh ahli pas. Kita sekarang ke tahap tranformasi penting.

Image Saya rasa akan selesai awal tahun hadapan iaitu menjadikan KPP sebagai sayap dan entiti penting parti yang saya kira belum pernah dibuat sepanjang berpuluh tahun pas wujud. Itu fokos paling besar.

Dia tidak habis di situ, saya pun tak nak tua dengan kelab ni saje. Kita sentiasa cari ruang baru dan saya namakan ia sebagai 'The New Frontier' Kita sentiasa fokus memperkasa KPP.

Sekarang kita dah wujudkan Unit Keahlian LPN, Unit Latihan dan Bimbingan, Unit Penyelaras Kelab yang dilantik dikalangan YB kita di setiap zon iaitu utara, selatan, timur dan berat.

Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk 'enggage' dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara.

Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain lain. Ini cabang baru untuk setahun dua akan datang. Saya sendiri ambil tanggunag jawab itu.

Image H: Kita melihat kejayaan LPN menggerakkan KPP dan kempen PAS for All bukan sahaja menjadi kebanggaan ahli PAS, tetapi juga turut dicemburui oleh parti lawan. Apa komen saudara?

M: Inilah saya kira satu keunikan kelab ini, kerana ia cuba memecah tembok politik selama ini di mana PAS atau Umno yang kita kata melayu dominan, hanya lihat melayu sahaja sebagai sasaran.

Cina kita lepas kepada DAP dan PKR, Umno pula lepas kepada MCA dan GERAKAN. Dengan KPP, kita telah memecah persepsi itu, kita tak boleh lagi serahkan sesuatu kaum atas nama perkauman dia.

Kita perlu melihat sasaran kita melalui pendekatan kita, bukan parti lain. Inilah yang telah meletakkan PAS pada tahap sekarang. Kita sedang menerima sokongan oleh semua kaum. Dan semestinya parti lawan mencemburui kita.

Pengalaman saya pergi luar negara dengan Presiden, saya diminta bentang tentang hubungan kita dengan bukan islam. Gerakan Islam di sana semua terpegun sebab mereka tiada suasana itu. Kita kena pecah pemikiran ini, kita akan pelopor dalam hal ini.

H: Menjelang ulang tahun ke-2 esok, adakah LPN merancang mengadakan apa-apa sambutan?

M: Timbalan saya, Dr. Halimah adalah org kuat yang telah berusaha menjayakan kempen PAS For All ini. Dia serupa orang kanan saya lah. Saya telah diberitahu pasal sambutan ni. Cuma kita sekarang ni satunya dalam bulan puasa, kedua baru habis PRK dan lepasni kena tumpu di Bagan Pinang Pulak.

Saya kira susah untuk kita adakan sambutan esok. Saya serah kepada peringkat muslimat yang diketuai Dr. Halimah untuk buat keputusan bila nak di adakan sambutan, kami pusat ni tumpang je. Mungkin lepas puasa, ataupun dilancarkan di Bagan Pinang, sebab kita memang akan turun berkampung di sana.

H: Apakah mesej yang saudara ingin sampaikan kepada ahli PAS sempena ulang tahun kedua pelancaran slogan PAS For All ini?

M: Dengan wujudnya Pas For All dan KPP ini, ianya telah berjaya mendidik ahli PAS supaya melihat orang bukan adalah saran dakwah yang paling penting bagi kita. Kita tidak boleh sekadar bercakap kita parti dakwah sahaja.

Jadi dengan penubuhan KPP ini, LPN telah menyediakan ruang dan peluang kepada ahli PAS untuk melaksanakan tugas dakwah.

Ini adalah sumbangan besar LPN. Bukan saya nak bangga, tapi saya rasakan ini satu transformasi baru wajah politik PAS itu sendiri yang kita perlu jaga, pelihara, pupuk dan kekalkan. _

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- ''PAS For All' genap dua tahun hari ini

Ceramah Perdana YB Dato' Seri Nizar di Sabak Bernam

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Ceramah Perdana YB Dato' Seri Nizar di Sabak Bernam

Sekitar Taklimat Ketua Kampung

Sabak Bernam..25 Julai. Taklimat Ketua Kampung & Ketua Cawangan berlangsung di Markaz Abd Razak Dawami. Majlis bermula tepat jam 9.00 pagi bermula dengan pendaftaran pada jam 8.30. Kehadirn tetamu kehormat pada jam 8.50 pagi. Majlis bermula dengan ucapan pengerusi majlis seterusnya YDP Hj Sallehen Mukhyi seterusnya Hj Ismail Ibrahim. Seterusnya penceramah undangan En. Mohd Khairuddin Othman SU Perhubungan PAS Negeri. Kehadiran memberangsangkan di mana 90 peratus penjawat cawangan dan ketua kampung PAS adalah hadir.
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Sekitar Taklimat Ketua Kampung

Ceramah Penerangan

Sabak Bernam..24 Julai, Satu ceramah penerangan akan diadakan di Stadium Sabak pada 2 Ogos 2009. Datuk Seri Nizar dijangka akan memberi ucap utama / penceramah utama. Semua hadirin dipersilakan hadir. Pelbagai isu dijangka akan dilontarkan oleh penceramah di antaranya isu kemelut negeri Perak dan terbaru isu memegang lilin bilamana UMNO cuba mengalihkan isu nasional yang banyak mengoncang UMNO dan suku sakat mereka. Namun hakikatnya Pakatan masih terus kukuh dengan pelbagai isu yang dimainkan. Anda ingin mendengar hal yang sebenar..PAStikan anda bersama kami pada 2 Ogos nanti.
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Ceramah Penerangan

Taklimat SU Perhubungan PAS Negeri

Sabak Bernam ....24/7/09. Satu taklimat akan diadakan pada hari Sabtu 25 Julai 2009. Majlis tersebut akan berlangsung di Markaz Abdul Razak Dawami, Batu 1 Sabak Bernam. Tetamu yang akan memberikan taklimat tersebut adalah En. Mohd Khairuddin Othman, SU Perhubungan Negeri Selangor Darul Ehsan.
Peserta yang terlibat dalam taklimat tersebut adalah ketua-ketua PAS Cawangan dan ketua-ketua kampung PAS kawasan Sabak Bernam serta semua AJK.
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Taklimat SU Perhubungan PAS Negeri

Jemputan Kuliah PAS Kawasan Bulan Julai 2009

Adalah dengan ini dijemput kepada seluruh muslimin dan muslimat hadir ke majlis kuliah dan pengajian bulanan bagi bulan Julai 2009. Sila war-warkan kepada yang lain dan bersama memartabatkan Islam di bumi Sabak Bernam khususnya. Sekian, wassalam.

Jadual kuliah adalah seperti di bawah :- sila download dan banyakkan.


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Jemputan Kuliah PAS Kawasan Bulan Julai 2009

MAJLIS USRAH BULANAN PAS CAW. BT.2 SAPINTAS


JEMPUTAN KE MAJLIS USRAH BULANAN PAS CAWANGAN KG. SAPINTAS, S.BERNAM

( BULAN JULAI 2009 )


Minggu Pertama

TARIKH : 03/07/09 – JUMAAT- 9.00malam

TEMPAT : MARKAS CAW. KG. BT.2 SAPINTAS

NAQIB : UST. ABDUL RAHMAN MOHAMAD


Minggu Kedua

TARIKH : 11/07/09 – SABTU- 7.45 malam

TEMPAT : MARKAS CAW. KG. BT.2 SAPINTAS

NAQIB : TUAN GURU HJ. SALLEH HJ HASSAN


Minggu Ketiga

TARIKH : 17/07/09 – JUMAAT- 9.00 malam

TEMPAT : MARKAS CAW. KG. BT.2 SAPINTAS

NAQIB : UST HJ. IBRAHIM BIN SALLEH


Minggu Keempat

TARIKH : 24/07/09 – JUMAAT- 9.00 malam

TEMPAT : MARKAS CAW. KG. BT.2 SAPINTAS

NAQIB : UST HJ. SUPARMAN BIN SADIKAN


Minggu Kelima

TARIKH : 31/07/09 – JUMAAT- 9.00 malam

TEMPAT : MARKAS CAW. KG. BT.2 SAPINTAS

NAQIB : UST HJ. ISMAIL BIN IBRAHIM


“Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.”

Salam Hormat dari AJK PAS Caw. Kg. Batu 2 Sapintas

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- MAJLIS USRAH BULANAN PAS CAW. BT.2 SAPINTAS

Lajnah Perpaduan Nasional


Markaz Abd Razak Dawami..19/6/2009. Program yang telah dilaksanakan oleh lajnah ini adalah seperti berikut: menghantar 20 peserta ke Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pusat di Klang pada 30 Mei 2009. Setersnya menghantar 3 wakil Kelab Penyokong PAS ke Muktamar PAS Pusat di Shah Alam pada 5 hingga 7 Jun 2009. Perancangan lajnah ini akan mewujudkan risalah-risalah dalam bahasa cina dan menambah keahlian dari kalangan kaum cina yang tinggal di bagan-bagan. Lajnah ini juga merancang untuk melibatkan kelab penyokong dalam program parti tertentu dan program Mesra Rakyat.
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Lajnah Perpaduan Nasional

Aktiviti Sepanjang Bulan

Hari Sukan PASTI Tarikh : 21 Jun 2009 Hari : Ahad , jam 8.00 pagi Tempat : Stadium Mini Sabak Bernam Ceramah Penerangan Tarikh : 27 Jun 2009 Hari : Sabtu Tempat : Dataran Tanah Lesen, Parit Baru Penceramah : Tn Hj. Mohammad Sabu Karnival Desa 2009 Tarikh : 28 Jun 2009 Hari : Ahad, jam 9.00 pagi Tempat : Dataran Tanah Lesen, Parit Baru Perasmi : YB Dr Halimah Ali ( Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi dan Pemb. Modal Insan Negeri Selangor )
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Aktiviti Sepanjang Bulan

Dasar Islam jadikan PAS terus utuh - Presiden

BERA 18 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertegaskan bahawa dasar Islam adalah punca kekuatan PAS selama ini.

Katanya dengan dasar itu, Kerajaan PAS gagal dijatuhkan walaupun dengan kekuatan majoriti hanya satu kerusi di Kelantan apabila wakil Rakyat PAS gagal dibeli walaupun dengan nilai yang amat tinggi.

"Adun PAS mempunyai kekuatan akidah yang kental untuk menolak tawaran-tawaran yang dibuat kepada mereka," kata beliau ketika berucap pada Majlis Penerangan di Darul Ikhwan, Bera.

Menceritakan sejarah lampau, beliau berkata, Umno melakukan pengkhianatan terhadap rakyat yang memilih PAS memerintah di Kelantan dan Terangganu sekitar tahun 1960-an dengan melakukan sabatoj dan penculikan Adun dalam usaha untuk mejatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. Image

"Di Terengganu mereka membeli Adun Parti Negara dan akhirnya berjaya menjatuhkan kerajaan PAS di negeri itu, di Kelantan pula Adun PAS diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur kemudian dibawa ke persidengan Dun Kelantan, Namun Adun PAS berkenaan tidak menyokong undi tidak percaya menyebabkan Kerajaan Kelantan gagal di jatuhkan.

"Kini diulangi pula di Perak dalam usaha untuk berkuasa selepas ditolak rakyat dalam pilihan raya umum," ujarnya.

Menurut Tuan Guru, jika di negara maju, perbuatan Umno itu boleh menjatuhkan kerajaan pusat kerana di dalam negara demokrasi rakyat adalah hakim tertinggi adalah rakyat, bila kerajaan lemah rakyat akan menggantikannya dengan kerajaan baru.

"Bagiamanpun di negara kita, tahap kefahaman politik rakyat masih rendah dan mereka tidak memahaminya menyebabakan Umno-BN terus berkuasa walaupun melakukan pelbagai perkara yang mencemarkan demokrasi," ujar beliau.

Mengenai PAS, beliau menegaskan semua pihak mempunyai peranan tersendiri termasuk golongan profesional malah katanya, golongan profesional terlibat sama dalam menubuhkan PAS.

PAS, katanya pernah dipimpin oleh Dr Abas dan ramai tokoh profesional di dalam PAS termasuklah Tan sri Aminuddin Baki, Prof Ahmad Ibrahim dan lain-lain. Image

Menurutnya, laporan media kononya PAS bergolak hanyalah laporan media di luar PAS yang tidak memahami dan melihat PAS dari dalam.

"Umpama kita mengubah suai rumah kedengaran riuh dari luar wal hal kita mengemas rumah dan mengalih parabut, memanglah kedengaran dari luar bising tetapi kita di dalam tahu apa sedang kita buat," katanya.
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Dasar Islam jadikan PAS terus utuh - Presiden

Selamat Bermuktamar kepada semua Pewakilan


Assalamualaikum W.B.T

Pihak Jawatankuasa PAS Kawasan Sabak Bernam dan seluruh saf pimpinan, serta para ahli PAS di Kawasan Sabak Bernam, mengucapkan Selamat Bermuktamar bagi kali yang ke-55, semoga muktamar yang bakal dihadiri ini dapat memperkasakan lagi keutuhan parti kita dan kekal sebagai satu parti politik yang mendukungi Islam sebagai teras perjuangan dari dahulu hingga masa yang akan datang.

Untuk mengikuti siaran secara lansung Muktamar Tahunan PAS yang ke-55, bolehlah melayari laman web http://muktamar55.pas.org.my

Sekian, Wassalam

PAS untuk Semua
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Selamat Bermuktamar kepada semua Pewakilan

'Kesabaran PAS ada batasnya' - Presiden PAS


Harakahdaily
Mon | May 11, 09



MARANG, 11 Mei (Hrkh)- Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional ada batasnya.

Beliau yang berucap dalam majlis penerangan berkaitan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di masjid Rusila, dekat sini, baru-baru ini mengulangi amaran yang beliau keluarkan dalam sidang media di Ma�ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, pada 8 Mei, Jumaat lalu.

Beliau berkata tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pegajaran dan pembelajaran sains dan matematik membawa kepada kehancuran bangsa.

"Ini menipu, menipu bangsa sendiri, pejuang-pejuang bahasa dan sasterawan negara menentang dan sanggup menyerahkan semula gelaran (sasterawan negara). Image

"kerana menghancurkan bahasa dia sendiri, bahasa jiwa bangsa, bangsa yang menghilangkan bahasanya (adalah) bangsa yang tidak ada jiwa," katanya yang dipetik daripada laman web peribadi beliau.

Katanya apabila sesuatu bangsa itu tidak ada jiwa, ia akan mengikut telunjuk dan kehendak orang lain.

"Kita mempunyai satu tanggungjawab dan kewajipan yang besar, apa yang berlaku di (negeri) Perak ini menjadi pengajaran, Umno ini tidak ada adab, tidak ada akhlak, dan tidak ada.

"Kelmarin orang surat khabar tanya saya, supaya saya buat ulasan dan jawapan berhubung apa yang berlaku di Perak, saya buat, saya menyatakan bahawa PAS boleh sabar tetapi sabar PAS ada sempadan,ada batas!"jelasnya.

Katanya PAS tidak akan tunduk kepada penipuan-penipuan Umno dan BN dan meminta semua ahli PAS menunggu arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan.

Justeru, katanya PAS adalah parti yang berlandaskan Islam yang akan memimpin rakyat dengan Islam.

"Kita (PAS) bangkit diatas nama Islam, dan PAS akan memimpin rakyat dengan Islam, kalau PAS pimpin rakyat dengan Islam,

"Kita akan lalu, 'membujur lalu melintang patah', akan tiba masanya,"tegasnya.

Katanya PAS akan mengajar Umno yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan umatnya sendiri. - azm _
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- 'Kesabaran PAS ada batasnya' - Presiden PAS

Kepimpinan ulama sentiasa terbuka, pastikan PAS mantap - Haron Din


KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - "Kepimpinan Ulama hanyalah satu arah tuju yang dilihat sebagai pengemudi parti. Ulama laksana juruterbang yang membawa kapal terbang atau nahkoda bagi sebuah kapal. Namun itu bukan kerja dia seorang tetapi beserta kakitangannya. Hal ehwal penumpang, kebajikan, keselamatan diuruskan oleh yang bukan 'pilot'. Kesinambungan itu yang membuatkan sesuatu perjalanan menjadi lancar."
Demikian antara petikan kata Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din ketika diminta memberi pandangan berhubung kepimpinan ulama dalam PAS yang telah pun menjangkau 25 tahun sejak mula diperkenalkan sewaktu Muktamar PAS pada tahun 1983.

Kata Haron Din walaupun kepimpinan ulama baru melintasi suku abad, namun pelbagai kejayaan telah dikecapi silih berganti menandakan keberkesanan ulama memimpin PAS menjadikannya sebuah parti yang dihormati, disegani dan semakin mendapat sokongan sekaligus memikat hati rakyat.

Tanpa kecuali beliau menyatakan peri pentingnya gabung-jalin antara ulama dengan golongan profesional dalam PAS demi memastikan hala tuju parti tercapai seterusnya memantapkan kecemerlangan perjuangan Islam sepanjang masa.

"Dalam PAS itu masing-masing ada kelebihannya dan saling tampung-menampung. Oleh itu kelangsungan kepimpinan ulama mestilah diteruskan. Gandingan dengan tenaga profesional harus terus dimantapkan.

"Untuk berdepan dan menyaingi mereka (parti lawan), kita perlukan bukan sahaja ulama tetapi juga tenaga dan buah fikiran golongan profesional untuk memantapkan parti dan bergerak memastikan kejayaan perjuangan Islam ini," katanya dalam temubual eksklusif Harakah di kediaman semalam

Sementara itu, ditanya berhubung salah faham, kelemahan dan kritikan terhadap kedua-dua golongan ini di dalam PAS, beliau menjelaskan isu itu sewajarnya diperbaiki sebaiknya dan bukan untuk diperbesarkan

"Begitu juga dengan hal peperangan, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menerima pandangan daripada sahabat yang arif berperang. Itu bukan kesilapan tetapi petunjuk ringkas daripada Rasullulah bahawa pemimpin boleh ditegur, dibantu dan diberi pandangan.

"Begitu juga dalam PAS. Kelemahan kepimpinan ulama bukan untuk diperbesarkan tetapi diperbetulkan. Kita kena ingat, semua orang mempunyai kelemahan dan sewajarnya ditampung bersama. Adakah dengan menukar kepimpinan maka kelemahan dan kesilapan tidak akan wujud sama sekali?" kata Haron Din lagi.

Beliau menasihati pihak media, blog dan internet sepatutnya berlaku adil kepada kepimpinan ulama jika berlaku kelemahan ataupun salah faham dengan membuat pertemuan dan mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang ulasan ataupun kesimpulan.

"Saya lihat keterbukaan kepimpinan ulama tidak mempunyai sebarang halangan untuk bersua dan mendapatkan penjelasan. Mereka sedia bertemu dan berbincang demi untuk kukuhkan parti sekaligus memantapkan perjuangan Islam yang menjadi dasar dan teras PAS selama ini," katanya. - azm
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Kepimpinan ulama sentiasa terbuka, pastikan PAS mantap - Haron Din

Mesyuarat Kali Pertama

Sabak Bernam..9 Mei 2009
Mesyuarat kali pertama JK Kerja PAS Kawasan telah diadakan dan ianya menjurus kepada pembentukan JK Kerja PAS Kawasan sesi 2009/2011. Semua JK yang terlantik menghadirkan diri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Us Hj Sallehen Mukhyi.
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- Mesyuarat Kali Pertama