[ Kemurahan Kerajaan PR di Selangor ]

Bersama kita perhati dan teliti:

1• 20 meter padu pertama air percuma kepada rakyat yang memiliki meter individu dan kupon bekalan air percuma. Dasar memberi bekalan air kegunaan percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik yang bermeter individu setiap bulan yang telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2008. Program ini adalah bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan rakyat Selangor. Dianggarkan seramai 1.5 juta pengguna meter individu penduduk di Selangor telah menikmati kemudahan ini dan secara tidak langsung program ini telah meringankan beban rakyat terutama dalam situasi ekonomi merosot ini. Atas istilah keramat "Merakyatkan Ekonomi" negeri Selangor berjaya melakukan perkara yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai mustahil. Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bertindak mengagihkan semula keuntungan pihak-pihak yang terlibat dalam perkhidmatan air ini kepada rakyat.

Klik untuk maklumat lanjut

2• Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)- skim pelaburan untuk anak yang baru lahir.TAWAS diwujudkan dengan tujuan untuk membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor. Faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:

a. Di awal pelaburan, setiap Ahli TAWAS akan menerima RM 100.
b. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang untuk menerima sebanyak RM 1,500 hasil pelaburan di dalam skim ini.


Klik untuk maklumat lanjut

3• Skim Mesra Usia Emas (SMUE), merupakan satu skim khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor.Bertujuan membantu keluarga warga emas / OKU yang memenuhi syarat dan berdaftar yang meninggal dunia tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi, dan kedudukan sosial mereka.Borang dan pendaftaran adalahPERCUMA.

Sila klik untuk maklumat lanjut

4• One Stop Crisis Centre’ (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Tujuan OSCC ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan menyeluruh kepada mangsa-mangsa penderaan, perkosaan dan juga keganasan rumahtangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa serta diberi bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami tekanan perasaan atau emosi. Operasi OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan di setiap hospital di mana terdapat kakitangan yang terlatih ditugaskan untuk merawat serta memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Walaubagaimanapun, masih terdapat ramai orang awam yang tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam meberi perkhidmatan kepada orang ramai. Justeru, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) fasa 1, terdapat program OSCC dimana kempen kesedaran akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kempen ini untuk memberi kesedaran tentang keganasan rumahtangga, memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. Program ini akan dijalankan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor Darul Ehsan.
Memberikan kesedaran mengenai kewujudan dan peranan OSCC dalam menolong wanita yang menjadi mangsa keganasan.
  • Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasa minda merdeka dan menggilap jatidiri wanita bermaruah.
  • Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih mengenai isu isu keganasan rumahtangga dan gangguan seksual ditempat kerja.
  • Memberi pendedahan dan kefahaman undang-undang yang melindungi wanita.
Klik untuk maklumat lanjut

5• Hadian Anak Masuk Universiti – Dasar memberi hadiah RM1,000 akan diberikan kepada anak selangor yang melanjutkan pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah. Hadiah ini akan terus dikreaditkan kedalam akaun pelajar ataupun melalui cek.

Semua rekod pembayaran akan dimasukkan di dalam sistem pangkalan data yang akan dibangunkan oleh urus setia dan bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas borang hadiah pengajian IPTA/IPTS yang lengkap diterima oleh pihak urus setia. Sehingga kini seramai 6,014 orang pelajar telah layak menerima hadiah ini sepanjang tahun 2009, kerajaan negeri terus prihatin dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM 8.2 juta bagi meneruskan program ini.


Klik untuk maklumat lanjut

6• Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang. Pembelaan kerajaan negeri Selangor adalah melibatkan seluruh rakyat negeri Selangor termasuklah anak-anak pekerja ladang. Tabung ini diwujudkan adalah bagi memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pekerja ladang. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang bagi tujuan membiayai pendidikan mereka. Selain itu, tabung ini juga akan membiayai pembinaan dan penyelanggaraan asrama bagi anak-anak pekerja ladang di seluruh negeri Selangor. Kerajaan yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak pekerja ladang telah memperuntukan RM2 juta dalam merealisasikan program ini.

Klik untuk maklumat lanjut

7• Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian - mengagihkan 10 peratus hasil keuntungan perlombongan pasir daripada Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB) kepda seluruh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Selangor

Klik untuk maklumat lanjut

Link berkaitan
Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES)

[beza Dr Mursi & Hosni]

Meletakkan Allah lebih dari segalanya. Allahu Akbar.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- [beza Dr Mursi & Hosni]

[haji, pilihanraya Dan Umno]

Saya merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihanraya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan. Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihanraya umum di musim haji, kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun.  Maka mengadakan pilihanraya di musim haji terlalu kecil bagi Umno, kerana pilihanraya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.   Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihanraya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihanraya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN  walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung. Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya. Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat. Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi  sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.   PAS tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.   Saya telah menjelaskan hujah syarei dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu feqah politik yang tidak ada sedikit pun. Allah pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.   Firman Allah: أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله , لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين . التوبة 19 (Adakah kamu jadikan amalan memberi layanan minuman air kepada para jamaah haji dan mengimarahkan Al Masjid Al Haram itu, sama seperti kalangan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berjihad pada jalan Allah (menegakkan agamanya )? Sebenarnya mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ).   Mengundi adalah hak yang ditunaikan bagi memilih pemimpin dan kerajaan. Kewajiban ini mengikut ajaran Islam adalah satu amanah yang sangat besar dibebankan kepada umat Islam.   Firman Allah: إن الله يأمركم أن تؤدوا الآمانات إلى إهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا  . (النساء ). Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkan kepada orang yang mampu menunaikannya. Dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan ajaran yang terbaik, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.)   Maka pilihanraya memilih pemimpin dan kerajaan adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam, bagi menunaikan amanah, menyerahkan amanah yang menentukan baik dan buruk, adil dan zalim yang menjadi kepentingan umum dan masa depan dunia sehingga akhirat. Rasulullah S..A.W. meletakkan hilangnya amanah memberi tugas memimpin umat kepada orang yang tidak melaksanakan Syariat Allah menjadi punca kemusnahan yang membawa berlakunya ajal dunia. Memilih pemimpin bukan kerana kelayakan agama, akhlak dan ilmunya tetapi kerana wang, pangkat dan sebagainya adalah mengkhianati Allah dan Rasul.   Sebahagian besar para sahabat R.A. hanya bersembahyang jenazah Rasulullah S.A.W. kemudian berundur meninggalkan upacara mengebumikan jenazahnya yang mulia kerana menghadirkan diri dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah, melaksanakan amanah yang lebih besar daripada mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W. iaitu amanah pemilihan Khalifah pertama, yang membuat keputusan majoriti memilih Abu Bakar R.A.   PAS hanya mampu mengerahkan segelintir ahlinya sahaja dengan penyebaran ajaran politik Islam, supaya menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana memilih wajib menunaikan amanah besar yang tidak boleh ditangguh kerana dipaksa. PAS tidak mampu menyebarkan kefahaman ini kepada masyarakat Islam seluruhnya, kerana khutbah Jumaat di masjid-masjid, ustaz-ustaz upahan dan media digunakan oleh BN bagi menyempitkan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam dan menyebarkan fitnah terhadap PAS melalui segala medan, termasuk media yang berlagak Islam, mencampurkan dosa dan pahala, benar dan bohong, laksana lembu yang mengibas ekor di belakang terhadap sesiapa sahaja dan hanya melihat ke hadapan ke arah rumput yang boleh diisi ke dalam perut.   Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji. Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya. Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.   Harapan PAS kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji. Tema politik itu kotor (politic is dirty), adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat. Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah Allah yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat Allah kepada seluruh  alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada Allah, bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan Allah di padang Mahsyar. Presiden PAS
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- [haji, pilihanraya Dan Umno]

[ Pemerintah! Dengarlah nasihat Ata’ Bin Abi Rabah ]


Nik Muhammad Nasri Nik Malek,15 Mei 2012

Ata’ bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang duduk di atas singgahsananya. Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai puak. Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman pemerintahannya. Apabila Abdul Malik melihat Ata’, Abdul Malik bangun menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana. Abdul Malik berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?”

Ata’ menjawab: “Wahai Amirul Mukminin! Bertaqwalah kepada Allah di tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya. Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.”

Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.”

Ata’ bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata: “Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?”

Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ.

Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.”

(ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482)

Antara komentar yang boleh dibuat:

1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan.

2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum.

3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain)

4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihan raya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan.

5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasa hati rakyat, termasuk mahukan pilihan raya yang adil dan bersih.
KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- [ Pemerintah! Dengarlah nasihat Ata’ Bin Abi Rabah ]

[ Jawapan Bertulis ala Parlimen Malaysia ]



Siapa pandai matematik? aku tak pandai, tak sekolah pun (mana nak sekolah, dah kerja). Cuba korang kira betul2 kertas jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri di Parlimen baru-baru nie... kira betul2...


Tahun 2009, seramai 14 orang mati dalam tahanan polis.

- 3 Orang dalam tanahan penjara

- 7 Orang dalam tahanan polis

- 17 Orang dalam tahanan depot imigresen

17 + 3 + 7 = 14 Orang ker?????


Tahun 2010 seramai 13 orang mati dalam tahanan

1 orang dalam tahanan penjara

9 tahanan polis

18 dalam tahanan depot imigrresen

Jom kira 1+9+18=13 ????


tahun 2011 seramai 21 orang mati dalam tahanan

17 dalam tahanan polis

18 tahanan depot imigresen

17+18=21 ????


Jangan main2 weiii... ini jawapan bertulis yang dikeluarkan di Parlimen... bukan dari buku 3 lima, tau!!!



Apakah kerana aku tak bersekolah atau menteri tak

ada pelajaran???

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- [ Jawapan Bertulis ala Parlimen Malaysia ]

[TULISAN PANAS BY DR MUJAHID YUSUF RAWA : HASSAN ALI DAN PARASIT!!]


18 JAN — Memecat ahli dalam mana-mana parti politik adalah suatu perkara yang lumrah kerana perlembagaan parti memperuntukkan satu bab penting iaitu tentang disiplin parti, tanggungjawab ahli dan kuasa-kuasa yang ada pada Presiden untuk melaksanakan tugas memelihara kepentingan parti.
Mungkin yang menjadikan ia suatu isu ialah kedudukan dalam parti ahli yang dipecat, selain dari itu pemecatan atau penggantungan atau amaran lisan adalah tindakan-tindakan yang normal dalam suasana sesebuah parti politik. PAS tidak terkecuali dari norma organisasi ini dan apa yang berlaku kepada Datuk Hasan Ali adalah sebahagian daripada rencah-rencam kehidupan sebuah organisasi politik.

Jikalau kita menyusuri sejarah PAS, tindakan disiplin selalu berlaku atas beberapa cetusan antaranya ialah permasalahan yang dihadapi di peringkat cawangan dan kawasan atau negeri, lazimnya ia berlaku atas kapasiti konflik individu lawn individu. Ada juga tindakan disiplin diambil atas dorongan kelompok tertentu tidak mematuhi keputusan-keputusan yang dibuat dan cuba membawa fahamannya tersendiri di peringkat kawasan atau cawangan, konflik ini dikenali sebagai kumpulan vs kumpulan.

Di peringkat atasan selalunya konflik berlaku di atas sebab-sebab yang lebih strategik seperti tidak bersetuju langkah-langkah strategi yang diambil oleh parti dan selalunya dikaitkan keputusan strategi yang diambil dengan pertembungan kepentingan dasar utama parti. Alasan-alasan yang diberi akan menyinggung soal prinsip parti yang dilihat tergugat serta diperincikan alasan-alasan tersebut dengan tuduhan-tuduhan wujudnya kelompok tertentu dalam parti yang cuba menguasai kepimpinan.

Amat menarik untuk diberi perhatian bahawa semasa Datuk Mohd Asri Hj Muda dipecat dan beliau merupakan Presiden PAS ketika itu, isunya ialah soal strategik juga di mana Asri mempertikaikan penguasaan parti itu dikatakan didalangi oleh kumpulan radikal yang terpengaruh dengan revolusi Iran dan PAS telah menjadi radikal tersasar dari landasan PAS ketika itu.

Apa yang gagal difahami oleh Asri ketika itu ialah PAS sedang melalui proses pembaharuan fikrah Islam yang lebih jelas dan transformasi PAS menjadi Gerakan Islam yang melihat kesyumulan perjuangan dan bukan sahaja di medan siyasah. Kegagalan Asri ketika itu memahami tuntutan semasa dan masih dalam kepompong lamanya menyebabkan kritikan dan penentangannya kepada perubahan ini dibayar dengan harga yang mahal apabila PAS ketika itu sudah bersiap sedia memperkemaskan dirinya dalam bentuknya yang baru ketika itu.

Corak dan riak-riak pemecatan Hasan hari ini saling tidak tumpah seperti yang dilalui oleh Asri, kegagalan Hasan memahami realiti transformasi politik PAS hari ini yang berusaha untuk menyesuaikan dirinya dalam perkembangan-perkembangan terkini menyebabkan Hasan menjadi mangsa jerat mindanya sendiri.

Hasan juga gagal menghayati dinamika PAS yang hingga hari ini mampu terus bernyawa walaupun telah melalui berbagai cabaran untuk PAS sampai pada tahapnya hari ini. Alasan Hasan bahawa PAS telah lari dari perjuangannya, sama sahaja nada yang pernah disebut oleh Asri seketika dahulu, bezanya Asri menuduh PAS dikuasai radikal Iran, Hasan menuduh adanya golongan Parasit dalam PAS yang “meraikan” rakan lebih daripada perjuangan parti. Semua gara-gara pendekatan politik PAS memilih untuk tidak bersama Umno dan meneruskan agenda usaha Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional hari ini.

Pengaruh Asri sudah tentulah jauh lebih besar dari Hasan, siapalah Hasan berbanding dengan Asri dalam PAS dan kerana itu pemecatan Asri diikuti dengan kumpulan 13 yang lain di mana hampir separuh daripadanya adalah merupakan AJK PAS Pusat. Ini tidak termasuk kawasan-kawasan lain mampu dipengaruhi Asri.

Adapun Hasan, katanya dalam seminggu lagi akan ada penyokong-penyokongnya dari PAS yang akan bersamanya, namun saya agak skeptikal kerana seperti mana yang saya sebutkan siapalah Hasan yang mampu mengumpul orang di belakangnya? Kalau orang-orang Perkasa atau Umno entahlah?

Arus bawah yang mendasari bibit-bibit krisis ini ialah kocakan-kocakan yang sebenarnya menandakan kemunculan PAS yang lebih terkini mendepani perubahan lanskap politik semasa. Saya kira bukan Hasan sahaja, siapa yang gagal memahami kemunculan ini dalam bentuknya yang begitu laju dan dinamik pasti akan terjerat dalam perangkap minda masing-masing.

Dan sememangnya tidak pelik jikalau Umno akan kipas isu PAS lari dari perjuangan (seperti mana mereka lakukan ke atas Ustaz Nakhaie Hj Ahmad yang masih bercakap dengan nada yang sama) kerana Hasan adalah alat terbaik yang dapat menjalankan tugas-tugas Umno khusus bagi cover up isu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari baru baru ini.

Seperti kes Asri, walaupun ada sedikit kocakan tetapi krisis ketika itu memberi peluang kepada PAS untuk mencipta kemunculan baru dalam bentuk kepimpinan ulamak yang telah melakarkan pencapaiannya tersendiri.

Seperti biasa PAS akan terus mantap kerana sudah menjadi penerimaan umum ahli PAS bahawa pemimpin datang dan pergi namun perjuangan ini tetap akan meneruskan cita-citanya. Seperti lirik lagu PAS yang berbunyi “....suburlah hidupnya dan pasti berbuah...”

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA- [TULISAN PANAS BY DR MUJAHID YUSUF RAWA : HASSAN ALI DAN PARASIT!!]